Thursday, September 22, 2011

wisH dat yOu were here....

Cause I'm lonely and I'm tired, I'm missing you again

I miss someone to hold when hope begins to fade

You lost the love I loved the most

I'm about to lose my mind

You've been gone for so long


=((

Thursday, September 8, 2011

11 Cara Nak Buat Orang Dalam Lif Gila


1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya!
Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!".

3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.

4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat appoinment?

5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik... tik... tik...

6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.

7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, jap lagi die bukak balik!".

8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Oksigen cukup tak kat situ?"

9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.

10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah area SAYA"

Tuesday, September 6, 2011

Ada banyak perkara kita dengar pasal kucing. Tapi sejauh mana kebenarannya?
Mitos 1: Susu bagus untuk kucing
Realiti: Kebanyakan kucing sukakan susu, tetapi susu yang terlalu banyak mungkin akan menyebabkan cirit birit pada sesetengah kucing. Jika anda ingin memberikan susu kepada kucing, beri dalam kuantiti yang sedikit dan tidak terlalu kerap.

Lagi mitos…
Mitos 2: Kucing indoor(dibela di dalam rumah) jarang mendapat sakit
Realiti: Kucing indoor juga terdedah kepada organisma patogen yang boleh menyebabkan penyakit melalui udara atau tuannya sendiri.
Mitos 3: Luka kucing cepat sembuh bila mereka menjilat luka merekaRealiti: perbuatan menjilat luka akan menyebabkan luka lebih teruk dan lambat sembuh.

Mitos 4: Kucing lebih gembira berada di luar rumah
Realiti: Kucing sebenarnya lebih gembira dan sihat berada di dalam rumah



Mitos 5: Diet terbaik untuk kucing adalah daging
Realiti: Terlalu banyak daging boleh menyebabkan keracunan pada kucing. Sebaliknya berikan diet seimbang yang lengkap dengan semua kumpulan makanan untuk kesihatan kucing anda.


Mitos 6: Kucing menggoyangkan ekornya bila gembira
Realiti: Kucing tidak sama seperti anjing. Sebaliknya menggoyangkan ekor bermaksud kucing tersebut berasa tidak selesa atau dia sebenarnya sedang bersedia untuk menyerang sesuatu.


Mitos 7: Kucing menggeselkan badannya pada anda untuk mendapatkan perhatian
Realiti: Kucing menggeselkan badannya adalah untuk meninggalkan baunya pada badan anda sebagai tanda anda adalah miliknya.


Mitos 8: Kucing boleh membezakan tumbuhan mana yang beracun dan yang mana tidak semasa makan rumput untuk membantu penghadaman mereka
Realiti: Salah sama sekali. Kucing tidak punya kebolehan untuk membezakan tumbuhan mana yang beracun dan yang mana yang tidak. Jadi adalah wajar kita memerhatikan kucing kita semasa mereka makan rumput di luar.



Thursday, September 1, 2011